angin meniup mesra,
membuktikan cinta. menzahirkan rasa.
jauh dilubuk hati, aku sering bertanya,
apakah erti cinta, jika angin bisa membentuk puting beliung yang kuat?
jika ia memusnahkan kedamaian
memberitahu setiap insan bahawa dirinya... hilaf.
aku jatuh, mengenangkan api yang membara.
api yang merosakkan persahabatan.
api syaitan yang menjadi penghadang, penghalang, dan pengarang kebencian.
hanya kerana salah faham yang berlaku,
setiap insan di depan mata ku berlumba-lumba ingin menguasai
ingin menjatuhkan antara satu sama lain
hati yang hancur menatap dalam kesedihan.
mengimpikan sesuatu yang tiada sesiapa terfikir akan.
mungkin adakalanya kemarahan itu kebaikan.
kebaikan kerana menunjukkan rasa kasih yang terpendam.
ingin mencari ketenangan namun dihalang.
menceritakan semua penderitaan.
demi mengurangkan kesakitan.
adakalanya, puting beliung ingin memberitahu..
akan dirinya yang terluka.
namun dalam setiap benang yang tersirat,
puting beliung yang menghancurkan tanaman lama,
menggantikan dengan tanaman baru yang lebih subur.
dan berguna.