Thursday, October 17, 2013

small heart in a big jar

Rasa down sangat.
benda yang nak type out, terus tak jadi nak type.
terlalu banyak benda yang bermain kat pale otak sekarang ni
tak tahu orang yang boleh dipercayai tu siapa
tak tahu siapa yang boleh tolong kalau aku tak start tolong diri sendiri

apa yang aku nak ni?
apa yang aku akan buat?
siapa yang boleh tolong aku dalam keadaan aku yang seperti telur dihujung tanduk ni?

orang yang aku percaya pun takda dah nak cari aku.
baru hilang beberapa hari, dia dah cari perempuan lain.
ok suka hati kau lah nak cakap apa pun. 
aku dah tak hadap dengan perhatian yang kononnya untuk aku sorang je.

rasanya aku akan mula berdikari.
hidup tanpa teman.
selama ni aku terlalu manjakan perasaan ni.
lelaki kacau sikit, layan. 
kalau setakat kawan tu ok lah, tapi kalau dia dah jatuh cinta..?

aku sedar, aku akan buat dia terkapai-kapai.
terapung tanpa tujuan.