Friday, March 29, 2013

kata-kata si jantung hati

entah mengapa hati ku terus gelisah.
apa sebenarnya yang akan terjadi?
air mata  pun jatuh tak tertahan..
melihat mu terdiam.

ternyata kau pergi untuk selamanya..

tinggalkan diriku, dan cinta ku..

apakah kau melihat..
dan kau mendengar tangis kehilangan dari ku?

baru saja ku ingin kau tahu perasaan  ku..




yang dipendam adalah naluri
yang dicari adalah rasa..
yang dikenang berbelah bahagi,
yang hilang ditelan masa.

seberapa lama aku kau cari?
seberapa lama cinta ku kau ketemu?
seberapa lama kau dapat menjaga?
dan seberapa lama ia dapat bertahan?


tak semua rasa cinta adalah sama.
dan tak semua persahabatan berkekalan.
tak semua hubungan dapat disembunyikan.
dan tak semua perasaan adalah yang disangka.

tak mustahil kalau aku masih menyayangi orang yang meninggalkan ku.
dan tak mustahil aku masih membenci orang yang masih ada untuk ku.

ada kalanya perasaan ini bercampur baur.
memikirkan apa yang ada.
dan mengeluh apa yang hilang.
mengkritik apa yang tidak terhasil.
dan merengek apa yang mustahil.

disetiap langkahku..
ku setia memikirkan mu.
namun ada kalanya ku sedar, bahawa itu semua hanya kiasan jiwa ku.

ku tatapi insan yang menghilangkan diri.
ku lemah dan hanyut dalam setiap memori.
segala perkataan yang kau lempar kan..
segala kata-kata yang ingin dia sampaikan..
memikirkan perasaan ku, dia menahan.

menahan segala sebak yang terbuku.
menahan segala rasa yang ada.
mengetepikan perasaan sendiri. 
cinta yang disangka berbaloi untuk dinantikan..
cinta yang disangka berbaloi untuk menahan sabar.

dia tidak mahu melihat hati yang terluka lagi.
baginya, sudah cukup hati yang dihiris halus.
kata yang tajam menusuk kedalam perasaan.
diseludup jua dengan perasaan yang masih berbaki untukku.


persoalannya, 

dosakah aku menjadikan keadaan seperti ini?

mampukah dia menahan rasa yang tersirat?

adakah dia akan terus mencintaiku?

atau adakah dia juga akan terluka?